Zero 2 Hero

perubahan..perlu dalam setiap perjalananku

Rutin harian yg baru!

Ok. korang semua tahu kan wat senaman teramat la bagus kat kesihatan korang kan..kali ni post aku nak buat korang semua menyihatkan badan jer..bagus tak aku?...hehe.

cuba korang tanya diri sendiri, pernah tak lepas korang exercise..korang rase ade perubahan kat badan macam..otot2 kental dah mula timbul sikit ke, rasa cam lebih sihat dari biasa ker..pernah tak?

ha..mesti pernah punya kan..pastu plak,terlintas kat kepala " I should doing this everday" kan..
haha...betul kan..sama la macam aku gak. Set kat kepala tu memang la bagus dah, yang x berapa nak bagus tu konsistensi..macam HARAM.

Dan kalau macam ni..korang x yah la mengidam nak dapat badan ketul- ketul..perut kempis dan perut ade 6 petak2 tu! Aku sebenarnya bukan je tuju kat korang semua..Aku sendiri pun kena tempias. Alasan sibuk dengan kerja la..tak sempat la...kan??

Kalau takde six pack tu..sila pakai baju ni :P

Mulai hari ni..aku dah cuba praktikkan..tiap hari aku mesti luang masa sekurang-kurangnya 40 minit untuk wat senaman. Tak kira la apa jua senaman sekalipun. Apalagi..jom la semua tanam semangat. Tanam semangat tu bukan maksudnya..tanam@kuburkan@kambus dalam-dalam yer :P

Ni ade info sket pasal nak kempiskan perut tu. (Kredit to kevinzahri.com)

# 1.Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.

# 2.Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.

# 3.Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).

# 4.Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin

# 5.Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!

# 6.Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!

# 7.Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.

# 8.Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit untuk membakar lemak berlebihan!

# 9.Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!

# 10.Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!

malam minggu

aii..kan aku dah cakap..kalo aku nak wat posting..mesti wat sesuka hati kan..not consistent betul!
haha..nak wat cane kalo MALAS + kesibukan...argh..alasan2.

ok..balik pada tajuk posting ni. malam tadi aku tengok filem jiwang yang kebanyakkannye kaum2 hawa suka/gile sangat/kipas susah mati (die hard fans). Err..citer Twilight saga: Eclipse.
hehehe...malu sket aku :P




ok..biar aku terus terang la.Errr....aku pun peminat siri ni. Ok..x cukup dengan tu kat rumah aku ader semua siri novel pontianak vegetarian ni kecuali Twilight. LOL. haha..x macho langsung kan...Opps..kantoi sudah.

Ok..aku malas nak citer pasal sinopsis citer ni. saper2 nak tau..pi la tengok sendiri..kalo aku citer..nanti x best plak kan..tapi aku nak bagitau kat sini..Movie ni mmg best..kali ni mmg banyak aksi berbanding cerita pertama (twilight) dan citer kedua (newmoon).
rating aku bagi untuk filem ni out of 5 star..aku bagi 4 star. hahha..memang la, dah aku minat!

p/s: start minat citer ni lepas tgk filem twilight...pastu terus beli novel newmoon..haha..tapi buku lain adik aku yg beli..dia pun dah terminat sama gak :P

Bukan blogger sejati.

Kenapa aku buat blog ha...padahal malas sangat nak update. Nampak sangat aku bukan blogger sejati...hahaha. Biar la.

Ni tetiba nak post something. Hmm..aku ader berita nak kabo ni..nak tau? hakhakhak...biar rahsia dulu..nanti x surprise..tggu next entri k. (yg mungkin 3 bulan kemudian).

Walaupun aku x banyak update blog sendiri. aku bnyak menjelajah ke blog orang lain. Konfem2 la blog diorang lagi best..sebab tu aku baca. Jadi boleh kira aku ni blogger ker...rasenye lebih tepat kalau panggil blog reader je kan..hehe..

ok la..dari aku melalut lebih2 ni..let's stop here. See u in the next entry. Bye.

Selamat Malam Semua

oh tidak mengapa

aku kenapa.
cemburu. dengki. sakit hati?
aku rasa bukan.
pasti bukan.

masih mencari.
ingat dia lah orangnya.
tapi bukan.
Ya. aku tertarik padanya.
semua padanya.

sedar diri ini.
insan biasa yang tak sempurna mana.
aku gembira kalau kamu-kamu bahagia.
aku tak kisah.

saya tidak apa-apa.
jangan risau. tak nak lukakan hati sesiapa.
buang perasaan ini jauh-jauh.
bunga bukan sekuntum.
semoga kamu-kamu bahagia.

tak tahu entry itu tuju pada siapa.
tapi terasa pada empunya diri.
baiklah saya sudah faham.
saya tidak suka berebut.
kesudahannya boleh dijangka.
lagi pula.TIADA apa pun yang BERMULA.

sekian dari saya.
luahan hati kecil ini.
mungkin ini lebih baik dari kata-kata.

terima kasih.

daa..daa...daa...

penah dengar michael buble? i guess for those who love slow music mesti kenal singer ni. Aku x la fanatic sangat dulu bab2 lagu2 slow ni..cuma sekarang ni macam kena je ngan jiwa aku...

jom kita menyanyi lagu ni..lagu ni dah jadi background blog buruk ni..
layan... :)

Lost

I can't believe it's over
I watched the whole thing fall
And I never saw the writing that was on the wall
If I'd only knew
The days were slipping past
That the good things never last
That you were crying

Summer turned to winter
And the snow had turned to rain
And the rain turned into tears upon your face
I hardly recognize the girl you are today
And god I hope it's not too late
It's not too late

'Cause you are not alone
I'm always there with you
And we'll get lost together
Till the light comes pouring through
'Cause when you feel like you're done
And the darkness has won
Babe, you're not lost
When your worlds crashing down
And you can't bear the thought
I said, babe, you're not lost

Life can show no mercy
It can tear your soul apart
It can make you feel like you've gone crazy
But you're not
Things have seemed to change
There's one thing that's still the same
In my heart you have remained
And we can fly fly fly away

'Cause you are not alone
And I am there with you
And we'll get lost together
Till the light comes pouring through
'Cause when you feel like you're done
And the darkness has won
Babe, you're not lost
When the worlds crashing down
And you cannot bear the cross

I said, baby, you're not lost
I said, baby, you're not lost
I said, baby, you're not lost
I said, baby, you're not lost

~gado~

hati sakit.gado ngan seseorang tadi.
reason xmo citer kat sini. it's not a big thing.
just the two of us who take it seriously.
btw..aku pun keras kepala.nasib baik aku lebih bnyk diam je.
kalo aku macam dia yang mulut tak henti nak attack orang..konfem..
x abis la gado tu.

aku diam bukan aku takut.bukan aku mengaku dia benar.
bukan aku setuju ape yang dia buat betul.
balik jer rumah..aku capai kunci motor..
aku terus kuar pg makan.pastu ingat x nak terus balik umah..nak pg cool down sikit.
tapi x tau nak pg mana kat shah alam ni.kalo kat umah aku yg kat kampung tu, kalo dah gini aku pg laot blakang umah tu...tgk alam mmg dapat tenang kan aku.

last2. aku pg ke mana...
pg ke Taman cahaya Seri Alam @ Bukit Cherakah. tak jauh mana..200m dari umah sewa aku. aku pg sorang. yes..sorang..x penah2 aku wat camni.

tiket masuk. RM3. ada option nak jalan kat sini, naik shuttle bus, naik beskal atau berjalan kaki.aku pilih jalan kaki.bajet gagah la nak masuk dalam hutan tu.

Snap la beberapa gmbr guna my phone camera.huh. bad quality la.bila aku nak ade DSLR ni.

tiba2 teringat nak pg tmpt yg kecik2 dulu aku penah smpi..tapi x tau ape nama port tu. redah punya redah..tah mana2 aku pg..taman haiwan. kampung idaman. paddy field. danau perikanan. taman arnab. last2 x jumpa gak.. dah berpeluh tahap gaban..penat giler..tapi best la gak jadi gila tiba2 ni.

tengok orang naek beskal...ala ruginya aku kalo x boleh aku pg jauh lagi.
then aku balik. tapi mmg aku berjaya cool down. dah x marah dah. dah x emo dah. back to normal.


mereka2 ni mmg senyap.x la sakit hati.


rumah pak awang. tapi xleh masuk.

p/s: wan. better u naik beskal instead of jalan kaki. padan muka. lenguh kaki tahap gaban ko masuk utan tadi....giler la.

tingtong

neno..neno..neno..

hari yang penat.
penat sebab balik tadi naik moto cuaca panas..
sambil bawak motor sambil berpikir..
sempat ke siapkan pipe routing?
pergh...sukar sekali bila wat keje yg mmg x der experience ni..

owh..penat..duit..oh dah makin kurang..
nape macam laju jer duit kuar sekarang ni..

malam.
pas makan tadi singgah petronas.isi minyak.
capai paper Sinar. Paper yang x best. Tapi murah. :)
Bayar RM50 untuk minyak RM5. Kira baki.
eh....?

Wan Tingtong: Kak, x cukup singgit..saya isi RM5 jer (dengan muka serius).
Kak Kaunter: ?? surat khabar tu singgit. :)(sambil tunjuk paper kat celah ketiak aku)
Wan Tingtong: owh...(malu) oh singgit yer. ok. diam.

cepat2 berlalu dan isi minyak tanpa toleh lagi ke arah kaunter. malu.wakaka.