Zero 2 Hero

perubahan..perlu dalam setiap perjalananku

ketika melangkah ke alam perkahwinan

1.KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2.KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3.KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4.KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5.KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6.SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri.

7.KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru
semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.
KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Tanah, Air, Api dan Angin

Mungkin ramai orang moden masa kini yang tak tau tentang empat elemen ini dalam setiap kelahiran iaitu tanah, air, api dan angin termasuk la aku sendiri. Ntah macam mana perbualan antara aku, adik aku dan nenek aku yang senang dipanggil 'atok' tetiba je mengupas tentang wujudnya elemen ini dalam masyarakat melayu.

Anda mungkin tertanya2, apa kes ni ade elemen2 natang haram ni? haa..tu la korang tak tau.
mungkin ini satu kepercayaan dalam masyarakat kita. Sebenarnya, setiap elemen itu mewakili sifat sesorang dan perilakunya. Elemen-elemen ini digunakan dalam memilih pasangan yang sesuai mengikut pendapat orang dulu2.

elemen:-
  1. Tanah-Anak pertama
  2. Air-Anak kedua
  3. Api-Anak ketiga
  4. Angin-Anak keempat
p/s: elemen ini akan berulang untuk anak kelima, keenam dan seterusnya.

maksud setiap elemen:-

Tanah

Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Api

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan

Angin

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

Difahamkan, adalah tidak 'match' apabila mencari pasangan yang mempunyai unsur yang sama. Seeloknya, pilihlah pasangan yang mempunyai elemen yang bertentangan supaya saling melengkapi. (ini pendapat atok aku ok)

Dari sudut pandangan aku:-

Tanah&Air= ok maa..boleh tanam pokok!

Tanah&Api=sedang2 la..kalau api marak tutup ngan tanah mmg padam..tapi kalau tanah gambut? terbakar gak dalam tanah tu...

Tanah&angin= abis beterbangan debu2

Tanah& Tanah= nak wat ape? tanam mayat leh la..hee

Air& api= sangat ngam..air leh padam kan api..org yg baran senang diredakan..

Air& angin= berombakla...

air&air=banjir kilat...hahaha

angin& api= bertambah la terbakarnye..

angin&angin= ribut,siklon tropika, puting beliung, hurrikan...malapetaka

sharing is loving

sekadar untuk berkongsi lagu kegemaran aku..kalau suka, amik la..download la.
kalau x suka, benci..ignore je.. :p
  1. bawaku terbang-fabulous cat
  2. i'm yours-jason mraz
  3. pictures of me- The last Goodnight
  4. sorry-Buck Cherry
  5. stop and stare- One republic
  6. here in my home-Malaysian Artistes for Unity
  7. sempurna-Andra and the backbone
  8. sebelum cahaya-letto
  9. Alhamdulillah-Opick feat Amanda

the sony VAIO hunt

this is a great opportunity to all of us to get a new laptop for free.
it's easy but you must register to this link. No need to worry la, the registration is free. Wanna know more about this?

please click here

Bermulanye semester baru

Semester baru telah bermula. Sampai je Ump, aku ingatkan housemate ku pun dah ade..rupanya aku sorang je yg dah sampai. Ramai yg balik lambt..cett mana aci. kalau aku tau, baek aku balik lambat.

Nampaknya sem baru ni ade perubahan kat kawasan kediaman aku ni..Selalunya, kalau tengok rumah depan kosong je. Ni semuanya dah berpenghuni..sungguh x best. Pasni mesti bising je kawasan ni..eh..duk la tempat lain, syoh2.. Aneh je rasanya ngan situasi ni.

Tadi sempat la aku beli barang ngan zul kat Tunas Manja. Nasib baik dia nak kuar, tau2 je aku pun nak beli barang. X banyak la aku beli, cukup la beli barang2 untuk bancuh2 air. Check duit ptptn x masuk g..lambat nye..aku dah la tgh sengkek ni.

On da way kuar dari Tunas Manja tu, aku ternampak mesin timbang berat..tapi cam canggih sangat je.. tengok dekat punya dekat..rupenye siap ukur tinggi sekali..Siap kira BMI lagi..ala Body mass index tu..kira jakun sekejap la tadi..hehe. Ape lagi, aku pun usha line kot2 zul nmpk..hehe..dia x nmpk..adalah dalam 5 saat kena diri kat atas mesin tu..pastu result kuar..hehe..berat bdan aku jatuh dalam kategori Over...eh, ideal body mass..tapi ade cadangan kalau nak lagi ideal kena tmbh berat jadi 58.5 kg..sekarang ni baru 54kg..mana ku nak cari lagi 4 kg ni? banyak gak tuh..dahla badan aku susah nak naik berat ni..selalunye dapat naik sekilo je.

Tiba2 aku ternampak 2 org awek dalam keta tengah tersenyum2..aiseh, ade awek la plak..selambe je aku senyum balik kat dia..haha..lantak korang la nak gelak ke ape..bukan aku kenal pun..hehe.

i'm back

Setelah dua minggu aku tidak meng'update' blog, hari ni aku nak rajinkan jari jemari ku ni untuk menaip. Bukan ape, ni kan tengah minggu pertama semester baru ni. X de la nak bz sangat, nanti bile dah bz..confirm2 dah malas nak mengarang ni. Rasanya, x puas la cuti setakat dua minggu ni. Tulah, sapa suruh wat2 rajin time cuti tu kunun2 nak sambung wat projek..nasib ko la wan. Tapi itu la lumrahnye..kalau cuti kejap, rase cam x cukup la. kalau cuti panjang plak, rase bosan la lama2 ni.. Mengada2!

Dalam cuti dua minggu tu, sempat la aku jumpa famili aku. Semua plak tu. Siap abang aku balik kampung lagi bawak awek dia. Payah betul nak jumpa diorang dalam satu masa. Selalunya kalau aku cuti, ade yang x de la. Ni semua sekali kumpul, memang sangat best! Tulah kelebihan adik beradik ramai ni. Bile dah besar2 ni..memang seronok je rasenye..tapi kalau time kecik dulu memang macam kucing bercakaran je..haha. Tapi memang happening je rase..huhu.

Next week plak, aku ngan abah hantar tikah masuk Utem kat Melaka nun jauh di sana. Dia dapat course electrical engineering. Alhamdulillah..dapat jugak adik aku masuk U. Lepas hantar dia kat hostel tu..dari riak wajah dia..memang nmpak dah dia nak nangis..keh3. Sempat gak aku sakat dia..tapi nasib baik dia x nangis..hehe. Pastu esoknye..kena hantar adik aku yg sorang lagi, Nina masuk kolej persediaan ke UK..kos farmasi tapi seb baek dekat je kat cheras..kagum aku ngan ke'terrer'an dia. Dapat pg luar negara..aku bile lagi ni?? Kat kolej tu, penuh dengan org negro je..huish..bukan aku nak sangka buruk. Tapi disebabkan banyak citer2 yg tak berapa nak baik yg melibatkan negro telah menyebabkan aku berfikiran negatif, prejudis dan ape2 lagi yang seangkatan dengannye. Semoga dia dapat menjaga diri dengan baik insyaallah..amin.