Zero 2 Hero

perubahan..perlu dalam setiap perjalananku

Tanah, Air, Api dan Angin

Mungkin ramai orang moden masa kini yang tak tau tentang empat elemen ini dalam setiap kelahiran iaitu tanah, air, api dan angin termasuk la aku sendiri. Ntah macam mana perbualan antara aku, adik aku dan nenek aku yang senang dipanggil 'atok' tetiba je mengupas tentang wujudnya elemen ini dalam masyarakat melayu.

Anda mungkin tertanya2, apa kes ni ade elemen2 natang haram ni? haa..tu la korang tak tau.
mungkin ini satu kepercayaan dalam masyarakat kita. Sebenarnya, setiap elemen itu mewakili sifat sesorang dan perilakunya. Elemen-elemen ini digunakan dalam memilih pasangan yang sesuai mengikut pendapat orang dulu2.

elemen:-
  1. Tanah-Anak pertama
  2. Air-Anak kedua
  3. Api-Anak ketiga
  4. Angin-Anak keempat
p/s: elemen ini akan berulang untuk anak kelima, keenam dan seterusnya.

maksud setiap elemen:-

Tanah

Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Api

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan

Angin

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

Difahamkan, adalah tidak 'match' apabila mencari pasangan yang mempunyai unsur yang sama. Seeloknya, pilihlah pasangan yang mempunyai elemen yang bertentangan supaya saling melengkapi. (ini pendapat atok aku ok)

Dari sudut pandangan aku:-

Tanah&Air= ok maa..boleh tanam pokok!

Tanah&Api=sedang2 la..kalau api marak tutup ngan tanah mmg padam..tapi kalau tanah gambut? terbakar gak dalam tanah tu...

Tanah&angin= abis beterbangan debu2

Tanah& Tanah= nak wat ape? tanam mayat leh la..hee

Air& api= sangat ngam..air leh padam kan api..org yg baran senang diredakan..

Air& angin= berombakla...

air&air=banjir kilat...hahaha

angin& api= bertambah la terbakarnye..

angin&angin= ribut,siklon tropika, puting beliung, hurrikan...malapetaka

0 comments: