Zero 2 Hero

perubahan..perlu dalam setiap perjalananku

Rutin harian yg baru!

Ok. korang semua tahu kan wat senaman teramat la bagus kat kesihatan korang kan..kali ni post aku nak buat korang semua menyihatkan badan jer..bagus tak aku?...hehe.

cuba korang tanya diri sendiri, pernah tak lepas korang exercise..korang rase ade perubahan kat badan macam..otot2 kental dah mula timbul sikit ke, rasa cam lebih sihat dari biasa ker..pernah tak?

ha..mesti pernah punya kan..pastu plak,terlintas kat kepala " I should doing this everday" kan..
haha...betul kan..sama la macam aku gak. Set kat kepala tu memang la bagus dah, yang x berapa nak bagus tu konsistensi..macam HARAM.

Dan kalau macam ni..korang x yah la mengidam nak dapat badan ketul- ketul..perut kempis dan perut ade 6 petak2 tu! Aku sebenarnya bukan je tuju kat korang semua..Aku sendiri pun kena tempias. Alasan sibuk dengan kerja la..tak sempat la...kan??

Kalau takde six pack tu..sila pakai baju ni :P

Mulai hari ni..aku dah cuba praktikkan..tiap hari aku mesti luang masa sekurang-kurangnya 40 minit untuk wat senaman. Tak kira la apa jua senaman sekalipun. Apalagi..jom la semua tanam semangat. Tanam semangat tu bukan maksudnya..tanam@kuburkan@kambus dalam-dalam yer :P

Ni ade info sket pasal nak kempiskan perut tu. (Kredit to kevinzahri.com)

# 1.Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.

# 2.Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.

# 3.Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).

# 4.Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin

# 5.Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!

# 6.Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!

# 7.Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.

# 8.Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit untuk membakar lemak berlebihan!

# 9.Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!

# 10.Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!

malam minggu

aii..kan aku dah cakap..kalo aku nak wat posting..mesti wat sesuka hati kan..not consistent betul!
haha..nak wat cane kalo MALAS + kesibukan...argh..alasan2.

ok..balik pada tajuk posting ni. malam tadi aku tengok filem jiwang yang kebanyakkannye kaum2 hawa suka/gile sangat/kipas susah mati (die hard fans). Err..citer Twilight saga: Eclipse.
hehehe...malu sket aku :P




ok..biar aku terus terang la.Errr....aku pun peminat siri ni. Ok..x cukup dengan tu kat rumah aku ader semua siri novel pontianak vegetarian ni kecuali Twilight. LOL. haha..x macho langsung kan...Opps..kantoi sudah.

Ok..aku malas nak citer pasal sinopsis citer ni. saper2 nak tau..pi la tengok sendiri..kalo aku citer..nanti x best plak kan..tapi aku nak bagitau kat sini..Movie ni mmg best..kali ni mmg banyak aksi berbanding cerita pertama (twilight) dan citer kedua (newmoon).
rating aku bagi untuk filem ni out of 5 star..aku bagi 4 star. hahha..memang la, dah aku minat!

p/s: start minat citer ni lepas tgk filem twilight...pastu terus beli novel newmoon..haha..tapi buku lain adik aku yg beli..dia pun dah terminat sama gak :P

Bukan blogger sejati.

Kenapa aku buat blog ha...padahal malas sangat nak update. Nampak sangat aku bukan blogger sejati...hahaha. Biar la.

Ni tetiba nak post something. Hmm..aku ader berita nak kabo ni..nak tau? hakhakhak...biar rahsia dulu..nanti x surprise..tggu next entri k. (yg mungkin 3 bulan kemudian).

Walaupun aku x banyak update blog sendiri. aku bnyak menjelajah ke blog orang lain. Konfem2 la blog diorang lagi best..sebab tu aku baca. Jadi boleh kira aku ni blogger ker...rasenye lebih tepat kalau panggil blog reader je kan..hehe..

ok la..dari aku melalut lebih2 ni..let's stop here. See u in the next entry. Bye.

Selamat Malam Semua

oh tidak mengapa

aku kenapa.
cemburu. dengki. sakit hati?
aku rasa bukan.
pasti bukan.

masih mencari.
ingat dia lah orangnya.
tapi bukan.
Ya. aku tertarik padanya.
semua padanya.

sedar diri ini.
insan biasa yang tak sempurna mana.
aku gembira kalau kamu-kamu bahagia.
aku tak kisah.

saya tidak apa-apa.
jangan risau. tak nak lukakan hati sesiapa.
buang perasaan ini jauh-jauh.
bunga bukan sekuntum.
semoga kamu-kamu bahagia.

tak tahu entry itu tuju pada siapa.
tapi terasa pada empunya diri.
baiklah saya sudah faham.
saya tidak suka berebut.
kesudahannya boleh dijangka.
lagi pula.TIADA apa pun yang BERMULA.

sekian dari saya.
luahan hati kecil ini.
mungkin ini lebih baik dari kata-kata.

terima kasih.

daa..daa...daa...

penah dengar michael buble? i guess for those who love slow music mesti kenal singer ni. Aku x la fanatic sangat dulu bab2 lagu2 slow ni..cuma sekarang ni macam kena je ngan jiwa aku...

jom kita menyanyi lagu ni..lagu ni dah jadi background blog buruk ni..
layan... :)

Lost

I can't believe it's over
I watched the whole thing fall
And I never saw the writing that was on the wall
If I'd only knew
The days were slipping past
That the good things never last
That you were crying

Summer turned to winter
And the snow had turned to rain
And the rain turned into tears upon your face
I hardly recognize the girl you are today
And god I hope it's not too late
It's not too late

'Cause you are not alone
I'm always there with you
And we'll get lost together
Till the light comes pouring through
'Cause when you feel like you're done
And the darkness has won
Babe, you're not lost
When your worlds crashing down
And you can't bear the thought
I said, babe, you're not lost

Life can show no mercy
It can tear your soul apart
It can make you feel like you've gone crazy
But you're not
Things have seemed to change
There's one thing that's still the same
In my heart you have remained
And we can fly fly fly away

'Cause you are not alone
And I am there with you
And we'll get lost together
Till the light comes pouring through
'Cause when you feel like you're done
And the darkness has won
Babe, you're not lost
When the worlds crashing down
And you cannot bear the cross

I said, baby, you're not lost
I said, baby, you're not lost
I said, baby, you're not lost
I said, baby, you're not lost

~gado~

hati sakit.gado ngan seseorang tadi.
reason xmo citer kat sini. it's not a big thing.
just the two of us who take it seriously.
btw..aku pun keras kepala.nasib baik aku lebih bnyk diam je.
kalo aku macam dia yang mulut tak henti nak attack orang..konfem..
x abis la gado tu.

aku diam bukan aku takut.bukan aku mengaku dia benar.
bukan aku setuju ape yang dia buat betul.
balik jer rumah..aku capai kunci motor..
aku terus kuar pg makan.pastu ingat x nak terus balik umah..nak pg cool down sikit.
tapi x tau nak pg mana kat shah alam ni.kalo kat umah aku yg kat kampung tu, kalo dah gini aku pg laot blakang umah tu...tgk alam mmg dapat tenang kan aku.

last2. aku pg ke mana...
pg ke Taman cahaya Seri Alam @ Bukit Cherakah. tak jauh mana..200m dari umah sewa aku. aku pg sorang. yes..sorang..x penah2 aku wat camni.

tiket masuk. RM3. ada option nak jalan kat sini, naik shuttle bus, naik beskal atau berjalan kaki.aku pilih jalan kaki.bajet gagah la nak masuk dalam hutan tu.

Snap la beberapa gmbr guna my phone camera.huh. bad quality la.bila aku nak ade DSLR ni.

tiba2 teringat nak pg tmpt yg kecik2 dulu aku penah smpi..tapi x tau ape nama port tu. redah punya redah..tah mana2 aku pg..taman haiwan. kampung idaman. paddy field. danau perikanan. taman arnab. last2 x jumpa gak.. dah berpeluh tahap gaban..penat giler..tapi best la gak jadi gila tiba2 ni.

tengok orang naek beskal...ala ruginya aku kalo x boleh aku pg jauh lagi.
then aku balik. tapi mmg aku berjaya cool down. dah x marah dah. dah x emo dah. back to normal.


mereka2 ni mmg senyap.x la sakit hati.


rumah pak awang. tapi xleh masuk.

p/s: wan. better u naik beskal instead of jalan kaki. padan muka. lenguh kaki tahap gaban ko masuk utan tadi....giler la.

tingtong

neno..neno..neno..

hari yang penat.
penat sebab balik tadi naik moto cuaca panas..
sambil bawak motor sambil berpikir..
sempat ke siapkan pipe routing?
pergh...sukar sekali bila wat keje yg mmg x der experience ni..

owh..penat..duit..oh dah makin kurang..
nape macam laju jer duit kuar sekarang ni..

malam.
pas makan tadi singgah petronas.isi minyak.
capai paper Sinar. Paper yang x best. Tapi murah. :)
Bayar RM50 untuk minyak RM5. Kira baki.
eh....?

Wan Tingtong: Kak, x cukup singgit..saya isi RM5 jer (dengan muka serius).
Kak Kaunter: ?? surat khabar tu singgit. :)(sambil tunjuk paper kat celah ketiak aku)
Wan Tingtong: owh...(malu) oh singgit yer. ok. diam.

cepat2 berlalu dan isi minyak tanpa toleh lagi ke arah kaunter. malu.wakaka.

HaVen't Met YoU yEt

I don't know why I'm writing this post.
I'm not sure what's happening to me right now.

Is it because I'm feeling empty.
Feel empty because all my closed friends are living too far.
Feel empty as I'm just a trainee and I'm still jobless.
or the BIGGEST one because I'm couldn't find my soul mate.
ohh..

Suddenly I'll jealous with people around me.
Mostly they have their own partner or lover.
but what about me.
Am i choosy?.
i guess that i am not.

owh..my soul mate.
where can i find you my dear.

David Choi Superb!

Sajer nak upload video ni.. Aku suka dgr lagu2 yg orang ni nyanyi..
well..i'm just his fan...so.. enjoy this song.

What happened
after last summer
when we broke up
in September

I havent seen you
Feels like a long time
Sometimes it still hurts
But I always get by

I still got a piece of you under my skin
Its always there no matter where Ive been

So if I ever see you on the street
Ill pretend that I didnt see
And turn my face
No use in small talk anyways

Because if I look into your eyes
Then Ill have to say goodbye
And thatll break my heart
So I wont even start
I wont even start

I wish you luck
And I wish it true
Thats the best
I can do for you

Cuz youll probably find love
In someone new
I have to let go
Yeah its hard to do

So if I run into you with your arm by his side
Just know itll cut me like a knife

So if I ever see you on the street
Ill pretend that I didnt see
And turn my face
No use in small talk anyways

Because if I look into your eyes
Then Ill have to say goodbye
And thatll break my heart
So I wont even start
I wont even start

Apa nak dikata..

Salam semua...

Seperti yang korang semua maklum atau korang memang tak pernah dimaklumkan...aku adalah salah seorang trainee for piping design in Technip. I'm a trainee and off course i'm not a permanent staff there. Pada permulaan masa aku ikuti program ni, aku diberitahu mmg ader la peluang untuk berstatus permanent sekiranya berkelakuan baik dan extraordinary performance.

Tapi 2 hari yg lepas..ade akak dari HR bagi talk pada trainees. dia kata...dia kata...
sedih aku nak menulisnyer..dia kata..the economy will become worse for next year and become more worst in 2011! WHAT! 2 years still not okay??

Can you imagine??? what should i do. I'm a trainee. I want a permanent job. I don't want to be jobless after this training. Ya mmg la training ni bg aku banyak skill yg aku mmg konfem x boleh dapat kat universiti. Tapi kalo macam ni...ohh.. I'm down!...baby are you down? down..down..down..

Sebelum ni, kat paper ade tulis tahun depan (2010). Ekonomi akan pulih. hmm..mana yg aku perlu percaya?

Akhir skali..sila la dgr lagu ni.


Menyusahkan orang!

Geram...geram..geram!!

Keluar je dari Wisma Technip tadi...mmg aku dah jalan dah basah..motor pun dah basah..kelihatan ramai warga key el berpusu-pusu ke jalan raya. Aku dan kawanku yg tinggal kat shah alam jgk menuju ke motor masing-masing. Aku pandang motor aku dari jauh. Aku nampak something x kena.

Aku: alip..ko nmpk ape yg aku nampak? helmet....(dah bernada sedih)
alip: ala..helmet ko jatuh ke tepi kot..eh..bukan ke ko bawa atas tadi?
Aku: tak..tak..aku sangkut kat motor la pagi tadi...ala...siot kena curi!
alip: cuba tanya pak gad..

menuju ke pak gad.

alip: encik ada nmpk x helmet member saya kena amik td? helmet dia hilang kena curi.
Pak gad: x nmpk..nape x bawk masuk dalam..kat dalam ade tmpt simpan
Aku: ktorng baru first day kat sini...dah kena curi.
Pak gad: Selalu org keje Technip simpan kat dalam..bla..bla..bla (dia bebel panjang, alip dgr je, aku dah pikir camne nak balik)
Aku: alip aku balik naik komuter je la..esok pg aku naik ngan ko pas beli helmet baru. tapi kena simpan motor kat tmpt selamat la.

lepas tanya kat pak gad yg ktorg pernah borak2 masa lepas presentation dulu..dia kata better aku bawak motor balik..dia pinjamkan aku helmet dia..terharu...wooowooowooo
aku tanya dia camne nanti dia nak balik..dia ckp x pe..sebab dia x balik..dia OT..terima kasih bang..terima kasih..

aku nak wat kesimpulan kat sini:
  • berbuat baik pada semua orang..x kira pangkat dan darjat..hari ni hari kita..esok hari dia pulak kan.
  • jangan letak motor kat tmpt sebarangan. jangan letak helmet kat moto gak, bawak naik.kalo boleh dgn moto2 skali angkut bawak naik.
  • jangan pakai helmet MS tu..mat rempit suka.tu sebab dia nak curi..ah aku tau ko x mampu nak beli helmet murah tu..tapi kenapa ko potong tali helmet tu..ko sarung je kat kapla hotak ko tu x yah ikat?? semoga selamat la ko menunggang dgn helmet curi tu.
  • esok x leh park moto kat situ. pak gad cakap tu illegal punya park. 2 bulan lepas semua moto kena saman.huh.
  • be prepared. hujan bawak selipar la bang..seb baik aku bawak..tapi alip x..sempat dia jeles kat aku..hehe
last kali alip ckap...eh, aku rasa terhina..helmet aku yg mahal dari ko kat sebelah tu..x nak plak dia curi..aku rasa terhina beb..

aku?? siot ko! hahah

Aku.Seluar.Tailor

lawak betul la petang tadi...

Sabtu lepas aku pg la sopping sket..aku xder la sopping sakan pun. Aku pg jusco beli kemeja and seluar. Selama aku training..aku pakai suar slack and jeans je..ni nak tambah la seluar lagi. x kan nak pakai jeans lagi kan..grooming beb..grooming!

Dipendekkan citer..aku konfem-konfem la kena potong sket suar tu kan..yer la aku orang Asia.Orang Asia kan comel2..x paham? isshhh..dalam bahasa mudahnye...aku rendah..x cukup tinggi la!! haha. Aku pun pg la ke PKNS selepas mendapat maklumat dari kekasih gelapku..dia gtau kat situ banyak kedai jahit..

-@ kedai jahit-

Aku: Cik..saya nak jahit suar..sambil tersengih2..kat sini boleh jahit kan..
Awek tu: boleh2 kat sini boleh jahit..nak jahit camne?
Aku: Ok..nak potong suar ni ha..panjang noo..
Awek tu: Sini saye tgk..ader suar contoh?
Aku: xder..ala ukur la..tu kan ade pembaris panjang..(aku x tau nama benda tali ukur2 tu)
Awek tu: ?? ok..bile nak ni.
Aku: saye kan..kalo boleh nak hari ni juga la..kedai tutup pukul bape?
Awek tu: 6.30..
Aku: ok petang nanti saya datang k..sambil menuju ke pintu...eh..deposit nak?
Awek tu: x per..x yah pun..nanti masa amik baru bayar sumer..(sambil tersengih)

Sedar2..eh dah nak 6.30...ala tutup lak kang..pantas kilar aku ke PKNS

Aku: Assalamuaikum...datang nak amik suar
Awek tu& bos kedai: waalaikumsalam.
Awek tu: ni dia..smbil bagi beg plastik..semua 18..
Aku: 18?? wow..mahal nih..ahh bayar je la. (menuju ke pintu utk balik)

sampai je kat motor..nape plastik ni lain dari yg aku bg tadi..dahh tu nape lembut semacam je kain..aku cek...wahhh ade bunga2..macam tudung...macam skirt..demm..dia salah bg...adeh..penat aku gini..

Aku: cik adik..ooo cik adik...nape salah bg ni..nebes ke?
Awek tu: eh...sori2..sori ye...ha ni yg betul.
Bos: ko bg apa kat dia?
Awek tu: salah bagi..terbagi kain skirt orang..dia ketawa..(bos dia pun ketawa)
Aku: demm la...nasib baik x balik tadi..kalo x mau pakai skirt esok ni...ahhahaha (semua pun ketawa)
......................................................................................................................................................................

sampai kat umah..try test..lagak model dah aku..jalan2..sambil pusing..haha..giler..elok gak dia jahit..hehe

tiba2..aku nebes giler bile aku tgk...eh..eh..eh..almari kain aku senget..senget..dan senget sampai tumbang....ahahahah..aku gelak lagi...baju2 bertaburan...barang atas lemari pun bertabur...
ala..ko jatuh hari lain x leh ke..malas aku nak kemas ko ni...aku gelak lagi....ahahahaha..gler!

Aku dgn azam baru

Isnin ni..aku start training di Technip. Yer..Technip..syukur aku..kompeni yg besar..yg aku harap aku dapat buat yang terbaik utk hidup aku. Dah 3 bulan aku training kat shah alam ni. rindu pada suasana disini nanti...hmm...rindu pada tesco..rindu nak tgk muvi (sempat je pg tgk muvi time training) rindu roti canai kedai bawah..rindu May May..(dia ni kira macam boss yg supervise ktorang masa kat shah alam ni)

Masa ni mmg semua suka, seronok belaka..yer la..class training kan..paham2 je la..pastu kalo ade class yg guna PC..facebook...email..nasib x ym je kan...ade unsur2 mengular disitu...tapi boleh di katakan..time kena focus mmg serius focus...nampaknye ni bakal jadi kenangan la..

Masuk ke company ni..kena la lebih serius..focus! Masa ni la nak tunjuk hebat/pro/passion at work dan apa2 je la kan..aku aim tinggi ni..to be employed!!! Dalam 3 bulan training ni..macam2 aku dah lalui..class yg penin..class yg relax..class yg happening..Woww..mmg best la blaja..haha. Ilmu dah timba..yg tinggal kena amal la...

Hopefully..i'll do my best masa kat company ni...ok cukup kat sini...skema gamak dah ni..
.......................................................................................................................................................

wey..aku tersangat lama x update..gler malas..ni semua sebab aku letak blogging as my super duper free time activity only! hmm..nampaknye..aku nak berblog serajin yg mungkin la..dgr baik2..serajin yg mungkin..kalo aku tipu korang..korang maki jer la..korang nak wat pe je pun kan...haha..ok2 aku serius ni...

actually ape yg buat aku semangat..bile baca blog kawan2 ku..aku rasa..blog la yg paling terbaik untuk kita share hidup kita dgn org..ape? ape dia ko bebel ni...facebook? yer la..facebook pun boleh..tapi kalo kat sini ko ley taip panjang2 xder sape yg kesah...btul x?

cukup terhibur dan tergelak aku bila aku baca blog waqjai..blog ujie...haha...hilang bosan aku dah...ujie..ko ni budak nakal....haha

-Nothing-

Hatiku berbunga2...
Berbunga2 keriangan...
adakah aku bahagia??
I would say yes...I would say no..

Tika ini...alunan lagu cinta kedengaran..
syahdu sungguh...
tersenyum aku tatkala aku menulis ini..
gilakah aku??

Adoila...ape yg aku cuba sampaikan daa...
korang tafsir la mengikut akal masing2

Al kisah di ramadhan 2009- Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Rasanya dah lama aku x update blog aku ni...semakin hari semakin bersawang la...terbiar je..
Adakah sebab aku malas? Iyer...boleh dikatakan itu adalah salah satu sebabnye..tapi yang sebenarnya, sebab aku x dapat access internet lepas aku habis blaja dari U.

Ok..sekarang aku dah ade celcom broadband...boleh la aku tulih2 kat ruangan blog ni semula.
Tapi..ade kisah sebaliknya sebelum aku langgan broadband ni.

Macam ni..

Dalam 3 minggu yg lepas dari tarikh hari ni, aku accident lagi...huh? What? Not again...
Iyer..aku penah accident 2 kali kat kulim..motorcycle accident...now at shah alam..motorcycle too. korang ingat aku merempit? Owh..tidak aku bukan mat rempit@samseng jalanan...tidak sama sekali.

Ok2..kita x masuk cerita lagi ni..macam ni, pada hari yang bersejarah tu..dalam pukul 6.30 petang..aku terpikir utk beli broadband kat area shah alam..banyak keje yang perlukan internet utk disiapkan..Jadi, dari aku pg cyber cafe je..susah pulak..sebab tu aku perlukan broadband ni.

Cari2 punya cari..kat shah alam sekseyn 7 ni..x jumpa lak..last2 member aku cakap kat seksyen 9 ade..jadi kesana la aku..dapat je beli..aku tgk jam..alamak nak buka dah..so bergegas la aku nak balik...

So sampai traffic light..lampu merah..keta bersusun panjang..masing2 nak balik buka la kan..aku dari belakang nak menuju ke depan la..biasa la motor kan nak kat depan sekali..tgh aku nak jalan ke depan tu..ade satu kereta myvi..position keta tu..keta ke-3 dalam susunan kat traffic light..tiba2..dah aku sampai betul2 kat sebelah keta tu..boleh plak dia turn kiri dengan dahsyatnye...ape lagi..

doshhhh...hoi! myvi tu sondol motor aku dari tepi..aku jatuh kat jalan..nasib still lampu merah..pening kepala aku masa tu.aku buka helmet..kepala ok..ok..x de injured kat kepala..tgn aku darah sana sini...dagu darah juga..kaki...terasa sakit sana sini...aku nak jerit..nak maki kat mamat tu..tapi x daya..sakit dan pening.

mamat tu kuar nak papah aku..aku sempat tgk motor aku...argh..kesiannye kamoo..kesian juga la aku..mamat tu tanya aku samaada aku ok ke x? hoi ko langgar aku beb..jangan tanya soalan tu..pastu dia kata..cepat masuk keta aku bawak pegi clinic...ahh...apa2 je la..aku follow masuk keta dia.."motor aku tu?" aku cakap kat dia. "Kita letak tepi dulu yg penting bwak ko ke klinik dulu"balas dia. "Ko x tau bwak keta ke hah?" "Macam mana ko bawak keta ni" jerit aku.

Diam je dia x terkata..yer la..x kan dia berani nak balas balik..dah terang2 memang la salah dia.
Sampai je klinik..aku tgk kat cermin besar kat dinding klinik tu..terrible,terrible..wait a minute..there's something weird with my face. I can see a big cave in my mouth. Damn it. Gigi kapak aku patah, 2 gigi kapak aku patah separuh!

Keluar je klinik..aku tengok mamat tu..bil ubat semua dia bayar. "Ada sakit lagi x?"dia tanya.
"Sakit la ngok" ni x terkeluar..aku diam je..paham la dia kalo aku x jawab tu. "Macam mana sekarang ni?"aku tanya. "Kita hantar motor tu kat workshop dulu" dia jawab.

Penat la wat karangan ni...nanti aku sambung

here is my answer

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE? 

named after anyone..no la, i dun think so..

2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED? 

dun remember..x main la nangis2...

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
 

not anymore, u know why? i have a terrible handwriting.. i think i'll become a doctor not an engineer..

4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT?
 

a'ah kan uji..meat?? chicken and beef la..janji sedap

5. DO YOU HAVE KIDS? 

yes...i have kid..anak tekak ley?

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?

of course..aku kan baik..ahahaha

7. DO YOU USE SARCASM? 

maybe yes..maybe no..ye ke?

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?

i dun have tonsils...

9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?


i would, but maybe for first and last try..mau tercabut jantung...ahahahha

10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
 

coco crunch..kanak2 sungguh....mak nak coco crunch

11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF? 

usually not.

13. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?


nanana..nana...nana..sejak melihat mu..ku jatuh hati padamu..(tetiba nyanyi lagu askrim) suka gak la eskrim cornetto love tu..Walls ok..nestle x sedap.

14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE? 

face..

15. RED OR PINK?
 

both not my feveret color

16. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?


i'm not hardworking, also not lazy..why i can't be more hardworking??

17. WHO DO YOU MISS THE MOST?

family and missing u! ahaks ahaks ahaks...ahaa haacuuumm!

18. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
 

i dont want to TAG any..(same with uji)


19. WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING? 

u mean right now? i'm wearing black short pants and berkaki ayam..

21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?

nostalgia cinta- awie

22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
 

hah? layan jer la..can i be green..if cannot..can i be blue..

23. FAVOURITE SMELLS?

smells of something fishy...ahahah

24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
 

Naim..tadi dia tanya pasal lecturer visit.

25. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU? 

good question! Uji..read this..no...ahaha..mampus dia x nak kawan ngan aku lagi..

26. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?

badminton and sometimes football

27. HAIR COLOUR?
 

black la..i'm not scottish ok :P

28. EYE COLOUR?
 

black


29. DO YOU WEAR CONTACTS? 

no..because i'm not rabun

30.FAVOURITE FOOD?
 

so many actually..nasi goreng daging merah..nasi goreng cendawan..wah, mcm nak order kat kedai lak..

31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?


depends on my moods..

32. LAST MOVIE YOU WATCHED?
 

ong bak 2 

33. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?


black 

34. SUMMER OR WINTER?


i like winter.. it's time to go oversea..ahaha..pegi aje ke Genting or Bukit cherakah shah alam tu..ade je tmpt salji.

35. HUGS OR KISSES?

another good question! i want hugs..eh..i want kisses..eh i want both la..gile rakus..ehem2 sila bace ni, [ wajib kahwin dulu] 

36. FAVOURITE DESSERT?
 

askrem lagi.. 

37. MOST LIKELY TO RESPOND?
 

dota! ajak la aku main..mesti aku main punye..ahhh..kenapa aku jadi gila dota lak sekarang ni..nasib baik aku last sem n tgh wat praktikal..kalo x..repeat and repeat and repeat la psm aku.

38. LEAST LIKELY TO RESPOND?


there's someone i always dun want to respond..cannot state the name here..but dun worry..uji, not you ok.

39.WHAT BOOK ARE YOU READING?

buku pinjam dari mukh..tu pun kekadang je..buku mancing

40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?

dun have mouse pad

41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?


ntah..not remember anymore..my memory almost full..cannot remember any crap things

42. FAVOURITE SOUND(S)?


sore hanjing blakang umah...tension aku..siang malam nak memekak..

43. ROLLING STONES OR BEATLES?

dua2 x..x minat la old skool band ni

44. WHERE IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?


perlis

45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?


my special talent is makan and sing syok sendiri.bajet sedap kan...

46. WHERE WERE YOU BORN?


Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang

47. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?

no one..please..

berbalas tag


1. Anda rasa anda hot?
ermm..nope

2. Upload gambar kegemaran anda. Untuk ruang waktu ini gambar kegemaran adalah:



3. Kenapa anda suka gambar ini?

kenangan camni susah nak dapat lagi kan...

4. Bila kali terakhir kamu makan pizza?

3 bulan yang lepas kot..pastu x makan dah

5. Lagu terakhir kamu dengar?

just dance- lady gaga @ gagah @ gagap

6. Apa yang anda buat sekarang selain dari menyelesaikan tag ni?

dgr lagu..smbil tgk tv..smbil nak wat keje..baru nak wat..niat dah ade tu..tapi tergerak nak men game..camne tu?

7. Selain nama kamu sendiri, apakah lagi nama yang kamu suka orang panggil kamu?
now mmbr panggil matdo..tapi x berapa gemar la..cuba panggil aku kacak..cuba la..mesti aku suke..

8. Tag lagi lima orang.
wei aizat..tagg hang balik ley x?
sape yer?..

  1. uji
  2. kipas susah mati
  3. bd fabregas
  4. amrien
  5. waqjai kun..ntah dia update blog die ke x...

9. Siapa orang nombor satu?

miss suzi iryanti fadilah

10. Orang nombor tiga ada hubungan dengan siapa?

ade hubungan dengan aku..kawan sematrik..kawan se'u'

11. Katakan sesuatu berkenaan org nombor

(1) uji- x tau nak cakap pe..sebab x kenal sgt..huhu..sori uji
(2) kipas susah mati- dia ni budak auto..n matrik aku juger
(3) bd fabregas-blog dia paling otai..sape nak donlod meh ar ke blog dia
(4) amrien-kawan skool n bakal guru
(5) waqjaikun- ni mamat yg ajak aku berblog..pastu dia senyap lak..ahaha..bz la tu..jai..ko kena tag ni.

12. Bagaimana pula dengan orang nombor empat?

ya...kenapa ngan dia..sila la ke blog beliau k...kerek plak aku..

13. Siapakah orang nombor dua?
kawan..

-tag oh tag-

cepat je ok update blog ari ni kan? orang ade free time la katakan..

1. How old are you?
 i lahir tahun 1986..sila la kira k.

2. Are you single?

a'ah..i single la..nape?

3. At what age do you think you'll get married?

hmm..susah nak gtau..sebab x de lagi.so x plan la nak kawin umor bape..

4. Do you think you'll marrying the person you are with now?
like what i said before..xde lagi..camne nak kawin kan??
5. If not, who do you want to marry?
dgn someone who i love truly, deeply and madly..ahahaha...geli3

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
apa? ni cam mat salleh punye je..melayu ade ke? 

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?

kahwin kat mana ye? kawin kat taman romantik gak..tman rumah aku sudey..tapi kena hias lawa2 la baru grand..

8. Where do you plan to go on honeymoon?
kat dlm bilik sudeyy..eh..kat pulau..pulau yg cantik..i suka pulau
9. How many guests do you think you'll invite?
i x fofuler..so kalo ade org tolong2 'rewang'..tolong masak n basuh3 ok dah..haha..eh nanti x de org datg lak ye..as many as my money la..huhuhu

10.Will that include your exes?
ya of course..i kawin dia mesti datang..kalo dia dah kawin rasenye x de problem.tapi kalo blom..up to her la..

11.How many layers of cake do you want?

malas pk..biar my family decide.. 

12.When do you want to get married, morning or evening?
as soon as possible..hahah..slalu evening ...

13.Name the song/tune you'd like to plat at your wedding
dangdut gerudi inul boleh? baru len dari yg lain..nanti semua guest tergoyang2 dibuai lagu..ahaha

14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
whatever la..let my future wife decide..pada i, semua tetamu dapat makan ok la..

15.Champagne or red wine?
giler...oh! u mean syrup? u like syrup?

16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?

right after the wedding la...ok x?

17.Money or household items?
-biase nye money...

18.How many kids would you like to have?
4 je k..2 girls and 2 boys...angan dalam sedar tul

19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?
it's a must k...then after wedding..we can watch our happiness moment..romantik x i?

-Rebah di jalan raya-

ya..rebah di jalan raya..adey..itu la apa yang boleh aku cerita kepada pengunjung blog aku ni.
baru malam tadi aku eksiden..sakit wooo...kurang ajar itu orang! tak tau bawak moto jangan la gatal nak bawak..Siot je!!!

aku memang marah giler ni..kat mana aku nak lepas geram ni ha...rasa nak tumbuk2 je..bodo punya orang..mesti korang cakap x baik maki2 orang kan..ahh aku pedulik ape..lantak la! ni blog aku..kat sini je aku leh lepas geram..

cerita berbunyi cam ni..malam tadi pas makan..aku nak pg maybank..nak bank in duit..pg petronas..pastu aku x reti nak transfer ke akaun lain..x penah buat..so aku decide nak bank in guna cash deposit kat maybank la..tapi sebelum tu..aku balik umah jap amik sweater n helmet..sejukk.

aku pun bawak la moto melalui jalan yang biase aku lalu..sunyi je..kat kulim ni waktu2 dalam pukul 10 dah sunyi dah jalan tu..tgh jalan..tiba2 ada la sorang penunggang motor ni dgn laju nye x pandang kiri kanan terus je nak melintas...macam iklan ayam melintas jalan tu...ya ayam.. itu la yg boleh aku gmbrkan pada si mangkuk tu!

aku pun terpaksa la brek mengejut..aku lupa..aku punya brek blakang rosak!!..mampos..motor terus terbalik kat tgh jalan..ade la terseret sikit..pastu mamat tu..dia indian x beradap..dia slowkan motor..toleh blakang tengok aku..pastu terus pecut..bukan nak tolong aku pun..aku sempat jerit kat dia..bodooooo!!!!!!!

dengan sakit2 kaki aku..aku try nak angkat moto balik..adey x larat..dah la kat tengah jalan..nasib baik xde keta masa tu..kalo x..nauzubillah..ade la 2 minit kat tgh jalan tu..aku x tau nak wat ape sebb moto x leh nak tolak tepi..syukur ade budak2 motor yg nampk kejadian tu berenti tolong aku..aku x sempat la nak amik no plat mamat tu sebab dalam kesakitan..

ahhhhhhhhhhh!!!! geram aku..ari ni aku MC x gi praktikal..esok cancel join white water rafting ngan geng2 keje...ahhhh..lagi la geram..ingat senang ke nak ade chance join xtvt tu..syukur la aku selamat..xde la koyak sangat..seb baik aku pakai sweater ngan ikat helmet..

kepada pembaca blog ni..hati2 la membawa motor..walaupun korang rase korang dah bawak selamat yang mungkin..bahaya tu leh datang dari orang lain..mcam ayam dalam kes aku ni.
renung2kan dan selamat beramal...adeyy la.

Marilah membeli..marilah membeli...

Produk Buatan Malaysia: Mangostyn Juice

Untuk tempahan dan details sila hubungi: En Aizat (012-2557048)

Baru2 ini aku dikejutkan dengan satu produk baru yang amat berpotensi zaman ni. Yelah, selalunye produk ni mahal giler (dalam rm 100++) sebab banyak khasiat, tapi aku jadik amat berminat bila tengok produk ni dihasilkan di Batu Pahat(tempat aku belajar). Jadi, aku terus mengambil keputusan berkongsi dengan orang ramai tentang produk yang memang semua orang tahu akan kelebihannya. Aku sebenarnya dah setuju dengan sahabat aku nak tolong jualkan produk ni untuk dia. Ape lagi??!! korang cuba lah..yeeehaaa!!!

Harga pasaran:
1 botol 250ml = RM55
3 botol 250ml = RM160
(penghantaran melalui pos tambahan RM10.00)

Mempertingkatkan tahap kesihatan menyeluruh dengan membantu peningkatan xanthones dan antioxida yang lain. 
* Merupakan minuman kesihatan yang mengandungi antioksida yang tinggi
* Menggunakan khasiat semulajadi Permaisuri Buah
* Kandungan antioksida telah dikaji oleh penyelidik daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Kandungan :
* Ekstrak keseluruhan buah manggis
* Ekstrak Acai
* Ekstrak Biji Anggur
* Ekstrak Delima
* Puri Roselle
* Jus Epal
* D-Ribose

Bahan lain yang dibenarkan :

* Ascorbic Acid
* Xanthan Gum 415
* Potassium Sorbate
* Permitted Flavours
* Citric Acid


MANGGIS Dipercayai berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku dan dikenali sebagai “Queen of fruit”. Digunakan dalam perubatan traditional seperti merawat penyakit Malaria, cirit-birit, tibi, ulser,buasir, sembelit dll. Kulit manggis mengandungi sebatian unik “xanthone” yang tinggi. Dikaji oleh FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia).

Institut penyelidikan perhutanan malaysia (FRIM) :

* Merupakan sebuah insitusi penyelidikan hutan tropika terulung di dalam dan luar negara
* Merancang dan melaksanakan penyelidikan dalam sektor perhutanan serta pemuliharaan sumber hutan
* Menjalin kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) hutan dengan badan dalam dan luar negara
* MS ISO 9001: 2000

XANTHONE :
* Satu kelas sebatian aktif biologi unik yang mempunyai keupayaan bioaktif - seperti ciri-ciri antioksida
* Sumber Super antioksida yang paling tinggi
* Stabil (tidak musnah)pada suhu yang tinggi

Keistimewaan :
* Memberi kesihatan yang menakjubkan melalui pertolongan xanthone dan antioksida
* Menghalang dan mencegah radikal bebas
* Anti inflamasi & anti alahan
* Anti penuaan
* Mencegah kanser
* Melindungi sistem jantung
* Melindungi kesihatan otak dan sistem saraf
* Meningkatkan sistem pertahanan badan
* Menyokong fungsi sendi dan tulang rawan
* Menghalang jangkitan yang disebabkan oleh virus, bakteria dan parasit
* Mengurangkan tekanan darah tinggi
* Mengurangkan lelah
* Membantu penyembuhan luka
* Memberi tenaga stamina
* Mengurangkan sakit kepala (migrain)
* Mengurangkan pengeluaran asid